SITI NOOR IZATUL BINTI MUSTAPAR KAMAL (02DAT15F2012)
SITI NUR FATIN ANISAH BINTI MD RAHIM (02DAT15F2040)
FARAH NAJIHAH BINTI MURAD (02DAT15F2050)
NURUL AINA MARDHIAH BINTI MOHD KAHAR (02DAT15F2063)
NURRAMIZAH BINTI RAMLI (02DAT15F2044)
NAMA PENSYARAH : PUAN LIANA BINTI ABDUL SAMAT
APAKAH PERSEPSI ANDA TENTANG PERLUASAN FITNAH YANG SEDANG BERLAKU DALAM INTERNET ATAUPUN LAMAN SOSIAL. BINCANGKAN DARI SUDUT UNDANG-UNDANG NEGARA DAN ISLAM
1.0 PENDAHULUAN
Pada masa kini, isu fitnah bukan
sahaja berbentuk percakapan antara dua pihak namun juga dalam bentuk penulisan.
Misalnya, dalam komunikasi massa terutamanya dalam blog juga turut wujudnya
fitnah. Fitnah juga merupakan satu perbuatan yang terkutuk dan sangat dicela
oleh mana-mana agama. Firman Allah yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman, jika datang kepadamu seorang
fasik membawa sesuatu berita, maka selidik(untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan
sebab kejahilan kamu(mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara
yang kamu lakukan.
(Surah al-Hujurat, ayat 6)
Firman ini memberi gambaran bahawa setiap kata-kata yang
disampaikan perlu diteliti dan diselidik terlebih dahulu agar kebenarannya
dapat dipastikan dan khabar tersebut tidak mengandungi unsur fitnah. Hal ini
bagi mengelakkan kesan buruk yang akan menimpa seseorang individu atau ahli
masyarakat. Rasulullah S.A.W juga bersabda. Maksudya: “Tidak masuk syurga orang
yang suka menyebarkan fitnah.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis Rasulullah ini menunjukkan
bahawa fitnah merupakan dosa yang sangat besar dan berat sehingga tidak dapat
memasuki syurga. Oleh itu, Islam melarang dan mengharamkan dengan keras
perbuatan fitnah. Hal ini kerana kesan fitnah adalah sangat buruk hingga boleh
memudaratkan seseorang individu, keluarga, masyarakat dan Negara.
1.2
DEFINISI
Kesan menurut Tesaurus adalah
akibat, padah, ekoran. Manakala menurut kamus Dewan pula ialah yang turut
terdapat (timbul,digunakan). Selain itu fitnah juga bermaksud tuduhan jahat
yang sengaja dibuat untuk memburuk-burukkan seseorang.
Fitnah juga satu tuduhan palsu yang
direka-reka terhadap seseorang bertujuan untuk menjatuhkan maruah, nama baik
atau kedudukan seseorang. Sebagaimana maklum, fitnah juga boleh dilakukan
secara lisan ataupuyn bertulis, dan kini ia juga boleh dilakukan melalui laman sosial.
Sifat fitnah sering dilakukan di alam nyata ataupun melalui laman sosial adalah
sama sahaja dan kesannya juga adalah sama.
1.3 JENIS-JENIS FITNAH
Fitnah menurut konteks
undang-undang terbahagi kepada dua iaitu libel dan slander. Libel adalah fitnah
dalam bentuk kekal seperti fitnah dalam bentuk penulisan, lukisan,
gambar-gambar, patung-patung, bahan-bahan bercetak dan sebarang contoh yang
melibatkan deria penglihatan.
Seterusnya, Slander. Slander adalah
fitnah dalam bentuk sementara dan lazimnya merujuk kepada fitnah dalam bentuk
lisan seperti percakapan mahupun perbualan.Fitnah dalam bentuk slander
dikatakan melibatkan deria pendengaran. Namun begitu bukan semua yang didengar
itu adalah slander memandangkan dalam Akta Fitnah 1957, siaran radio dianggap
sebagai fitnah berbentuk kekal atau libel.Fitnah jenis slander perlu dibuktikan
bahawa orang yang difitnah mengalami kerugian khas kecuali bagi
kesalahan-kesalahan yang merangkumi lima bahagian:
-Pertama, Tohmahan berkenaan kesucian seseorang gadis.
-Kedua, Penghinaan berkenaan jawatan atau profesion
seseorang
-Ketiga, Penghinaan berkenaan hak milik atau harta
-Keempat, Tuduhan ke atas seseorang mengenai kesalahan
jenayah
-Kelima, Tohmahan berkenaan penyakit berjangkit yang menimpa
seseorang.
1.4 UNDANG-UNDANG
NEGARA
Dalam undang- undang fitnah telah disifatkan sebagai suatu
jenayah kursus dalam kanun keseksaan di Bab 21, dari seksyen- seksyen
499-502 manakala seksyen 499 telah mentakrifkan perkataan
“fitnah” dengan agak terperinci dan menyeluruh. Untuk penjenayah yang
didakwa dengan jenayah fitnah ini jika disabitkan kesalahan boleh dihukum
penjara selama tempoh sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya
sekali. Fitnah yang disebarkan melalui laman sosial juga boleh termasuk dibawah
peruntukan fitnah yang terkandung dalam Kanun Keseksaan ini. Ini adalah kerana
ia termasuk kepada “penyataan zahir menyiarkan apa-apa tomahan mengenai
seseorang.” Yang membezakannya adalah dengan fitnah biasa ialah cara bagaimana
ia dilakukan, iaitu melalui penyebaran melalui laman sosial dan tidak lebih
daripada itu, sedangkan tujuan dan motif penjenayah adalah sama iaitu
merosakkan nama baik seseorang. Justeru, seksyen 499 boleh digunakan kepada
fitnah yang dilakukan di alam siber ataupun media sosial jika mematuhi syarat
dan kecualian yang termaktub dalam kanun keseksaan tersebut.
Selain daripada itu, peruntukan dalam seksyen 233 Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998 juga mungkin terpakai memandangkan subseksyen
(1) seksyen berkenaan juga memasukkan perkataan-perkataan seperti “apa-apa
komen,komunikasi lain yang palsu, atau sifatnya, dengan niat untuk
menyakiti hati, menganiyai…orang lain”. Frasa yang dimaksudkan ke dalam seksyen
berkenaan juga boleh diterima pakai dalam kes-kes yang melibatkan fitnah yang dilakukan
di komputer dan ini juga termasuklah di media- media sosial seperti facebook,
twitter dan sebagainya. Walaubagaimanapun, hukuman dibawah akta ini mungkin
lebih ringan berbanding dengan hukuman yang diperuntukan di bawah seksyen 500
Kanun Keseksaan.
1.5 UNDANG-UNDANG ISLAM
jangan
sekali-kali membiarkan hawa nafsu ikut campur dan berperan dalam tersebarnya
kabar bohong. Karena memperturutkan hawa nafsu, sama saja kita menjerumuskan
diri kita ke dalam lembah kesesatan. Seperti perkataan Zainab, istri Rasulullah
SAW yang diriwayatkan oleh Al Muqrizi tentang dialog yang dilakukannya dengan
Rasulullah SAW, di mana istri yang baik budi itu mengatakan kepada suaminya,
“Terpeliharalah kiranya pendengaranku dan penglihatanku. Aku tidak melihat pada
Aisyah kecuali yang baik-baik saja. Demi Allah, aku tak pernah mengajaknya
bicara dan aku memang benar-benar mendiamkannya, tetapi aku hanya mengatakan
yang benar.” (Al Muqrizi, Imta’ul Asma’ 1/208). Padahal pada saat itu antara
Zainab dan Aisyah sering terjadi perlombaan untuk menarik hati Rasulullah.
Namun hal itu tak lantas membuat Zainab iri hati dan memperturutkan hawa
nafsunya dengan menjelek-jelekkan Aisyah.
Seterusnya,
jangan menerima isu begitu saja. Berita
apa pun yang tidak diperkuat dengan bukti, harus ditolak oleh setiap Muslim.
Sebagaimana difirmankan Allah Ta’ala dalam al Qur’anul Karim, “Mengapa mereka
(yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu?
Oleh karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah di sisi
Allah adalah pendusta.” (QS. An Nur, 24:13)
Selain
itu, menghindari tuduhan yang bersifat prasangka adalah kewajiban pokok yang
wajib ditunaikan kaum muslimin. Mereka -terutama para pemimpin- juga harus
menyadari bahwa prasangka seperti itu menjadi pusat perhatian lawan maupun
kawan. Karena itu, sedapat mungkin agar dapat menghindari tempat-tempat dan hal
apa pun yang bisa menimbulkan prasangka buruk.
Justeru
itu, janganlah membalas berita bohong dengan berita bohong yang lain dan
janganlah membalas isu yang dusta dengan isu lain yang serupa. Hendaklah pula
orang yang diisukan itu mampu menahan diri. Maksudnya, jangan membiarkan
lidahnya berbicara yang melanggar kehormatan orang lain, sekalipun orang lain
itu telah menganiaya dirinya, sampai terbukti dirinya benar dan tidak bersalah.
Inilah sikap yang sangat penting, yang kita serukan kepada siapa pun yang
sedang terkena isu.
SALAH
SATU CONTOH FITNAH YANG BERLAKU DI MALAYSIA
1.6 KESAN-KESAN
FITNAH
- Menimbulkan keburukan dan mengaibkan seseorang.
- Wujud rasa kebencian dan pemusuhan terhadap mangsa fitnah.
- Cercaan dan pandang serong terhadap mangsa.
- Mengakibatkan penceraian atau pemusnahan rumah tangga.
- Kredibiliti dan reputasi mangsa akan dipertikaian.
1.7 SEBAB-SEBAB
FITNAH
- Bahasa yang memiliki sifat ‘menunjuk’(showing) lebih daripada ‘memberitahu’(telling).
- Perbuatan dan cerminan perasaan seseorang.
- Keperibadian sesseorang yang mengangkut hal-hal seperti emosi, luahan perasaan dan pendapat.
- Struktur bahasa yang mempunyai nilai sosiolinguistik yang dipengaruhi oleh unsur budaya, gender dan lain-lain.
1.8
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI FITNAH
- Mewujudkan sebuah badan khas yang menyelenggara atau menapis segala paparan di laman sesawang.
- Mewujudkan konsep kebebasan bersuara dan hak asasi manusia yang diamalkan tanpa sekatan dalam internet.
- Menguatkuasakan undang-undang yang lebih berkesan.
- Memberi pendedahan yang meluas kepada masyarakat.
1.9
KESIMPULAN
Malaysia adalah
sebuah negara yang aman, damai dan makmur mestilah saling melengkapi sesama sendiri
dengan mengikut etika yang cemerlang bagi melayari alam siber yang penuh dengan
cabaran dan dugaan. Islam di Malaysia adalah agama rasmi yang membawa rahmat
hendaklah dijadikan rujukan atau contoh utama di dalam penggubalan mengikut
etika kepenggunaan Internet, sesuai dengan ciri Islam itu sendiri yang membawa
perubahan menyeluruh samada dari sudut sosial, ekonomi dan sebagainya. Islam
mewajibkan kepada seluruh kaum muslimin agar saling menghormati yang lain, menjaga
kemuliaan diri dan kawannya, keharuman namanya, kebagusannya dengan hati yang
seikhlas-ikhlasnya.
Namun begitu,
fitnah juga dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran dan juga sabda-sabda Nabi
Muhammad S.A.W. sebagai satu perkara yang amat berbahaya kepada umat Islam
khususnya. Siksaan yang dijanjikan Allah terhadap golongan yang memfitnah
adalah sangat berat dan mereka tidak akan terlepas dengan mudah lebih-lebih
lagi di akhirat. Islam juga telah menggariskan beberapa panduan yang khusus
bagi memastikan umatnya tidak keliru dengan kebebasan bersuara yang dianjurkan
sehingga boleh mengakibatkan fitnah. Seperti yang dijelaskan pada awal
perbincangan, fitnah itu merupakan satu tindakan yang boleh mendatangkan siksa
dan bencana kepada golongan yang difitnah itu sendiri. Islam juga tidak
menghadkan fitnah itu hanya sekadar perkataan yang keluar dari mulut sahaja
tetapi tafsirannya sangat luas dan penekanan diberikan kepada ‘perkataan’,
tidak kira medium apa yang digunakan untuk mengeluarkan kata-kata berunsur
fitnah itu. Lalu, hukuman yang sama terhadap pemfitnah boleh dikenakan kepada
pemfitnah siber juga.
Antara
punca-punca yang telah dikenalpasti adalah internet sememangnya tidak mempunyai
sebarang pemilik atau agensi yang bersifat mutlak keatas perkhidmatannya dan
tidak mempunyai sebarang garis panduan yang jelas mengenai undang-undang
penulisan siber. Seterusnya, antara kesan-kesan yang dadapati adalah seperti
menimbulkan keburukan dan mengaibkan seseorang, merosakkan persaudaraan dan
perpaduan, mampu menngancam keselamatan negara, kesan buruk fitnah terhadap
institusi sosial, fitnah juga boleh menjatuhkan ekonomi negara dan menakutkan
pelabur dan peniaga asing untuk melabur di sesebuah negara itu.
10.0 RUJUKAN
No comments:
Post a Comment