Sunday 31 December 2017

Fitnah yang berlaku di media sosial dan internet




SITI NOOR IZATUL BINTI MUSTAPAR KAMAL (02DAT15F2012)
SITI NUR FATIN ANISAH BINTI MD RAHIM (02DAT15F2040)
FARAH NAJIHAH BINTI MURAD (02DAT15F2050)
NURUL AINA MARDHIAH BINTI MOHD KAHAR (02DAT15F2063)
NURRAMIZAH BINTI RAMLI (02DAT15F2044)


NAMA PENSYARAH : PUAN LIANA BINTI ABDUL SAMAT

APAKAH PERSEPSI ANDA TENTANG PERLUASAN FITNAH YANG SEDANG BERLAKU DALAM INTERNET ATAUPUN LAMAN SOSIAL. BINCANGKAN DARI SUDUT UNDANG-UNDANG NEGARA DAN ISLAM




1.0 PENDAHULUAN
Pada masa kini, isu fitnah bukan sahaja berbentuk percakapan antara dua pihak namun juga dalam bentuk penulisan. Misalnya, dalam komunikasi massa terutamanya dalam blog juga turut wujudnya fitnah. Fitnah juga merupakan satu perbuatan yang terkutuk dan sangat dicela oleh mana-mana agama. Firman Allah yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman, jika datang kepadamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik(untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu(mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.
                                                                                                            (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Firman ini memberi gambaran bahawa setiap kata-kata yang disampaikan perlu diteliti dan diselidik terlebih dahulu agar kebenarannya dapat dipastikan dan khabar tersebut tidak mengandungi unsur fitnah. Hal ini bagi mengelakkan kesan buruk yang akan menimpa seseorang individu atau ahli masyarakat. Rasulullah S.A.W juga bersabda. Maksudya: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.”
                                                                                           (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis Rasulullah ini menunjukkan bahawa fitnah merupakan dosa yang sangat besar dan berat sehingga tidak dapat memasuki syurga. Oleh itu, Islam melarang dan mengharamkan dengan keras perbuatan fitnah. Hal ini kerana kesan fitnah adalah sangat buruk hingga boleh memudaratkan seseorang individu, keluarga, masyarakat dan Negara.

1.2 DEFINISI
Kesan menurut Tesaurus adalah akibat, padah, ekoran. Manakala menurut kamus Dewan pula ialah yang turut terdapat (timbul,digunakan). Selain itu fitnah juga bermaksud tuduhan jahat yang sengaja dibuat untuk memburuk-burukkan seseorang.
Fitnah juga satu tuduhan palsu yang direka-reka terhadap seseorang bertujuan untuk menjatuhkan maruah, nama baik atau kedudukan seseorang. Sebagaimana maklum, fitnah juga boleh dilakukan secara lisan ataupuyn bertulis, dan kini ia juga boleh dilakukan melalui laman sosial. Sifat fitnah sering dilakukan di alam nyata ataupun melalui laman sosial adalah sama sahaja dan kesannya juga adalah sama.



1.3 JENIS-JENIS FITNAH 



Fitnah menurut konteks undang-undang terbahagi kepada dua iaitu libel dan slander. Libel adalah fitnah dalam bentuk kekal seperti fitnah dalam bentuk penulisan, lukisan, gambar-gambar, patung-patung, bahan-bahan bercetak dan sebarang contoh yang melibatkan deria penglihatan.
Seterusnya, Slander. Slander adalah fitnah dalam bentuk sementara dan lazimnya merujuk kepada fitnah dalam bentuk lisan seperti percakapan mahupun perbualan.Fitnah dalam bentuk slander dikatakan melibatkan deria pendengaran. Namun begitu bukan semua yang didengar itu adalah slander memandangkan dalam Akta Fitnah 1957, siaran radio dianggap sebagai fitnah berbentuk kekal atau libel.Fitnah jenis slander perlu dibuktikan bahawa orang yang difitnah mengalami kerugian khas kecuali bagi kesalahan-kesalahan yang merangkumi lima bahagian:

-Pertama, Tohmahan berkenaan kesucian seseorang gadis.
-Kedua, Penghinaan berkenaan jawatan atau profesion seseorang
-Ketiga, Penghinaan berkenaan hak milik atau harta
-Keempat, Tuduhan ke atas seseorang mengenai kesalahan jenayah
-Kelima, Tohmahan berkenaan penyakit berjangkit yang menimpa seseorang.



1.4 UNDANG-UNDANG NEGARA

Dalam undang- undang fitnah telah disifatkan sebagai suatu jenayah kursus dalam kanun keseksaan di Bab 21, dari seksyen- seksyen  499-502 manakala seksyen 499 telah mentakrifkan perkataan “fitnah” dengan agak terperinci dan menyeluruh. Untuk penjenayah yang didakwa dengan jenayah  fitnah ini jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali. Fitnah yang disebarkan melalui laman sosial juga boleh termasuk dibawah peruntukan fitnah yang terkandung dalam Kanun Keseksaan ini. Ini adalah kerana ia termasuk kepada “penyataan zahir menyiarkan apa-apa tomahan mengenai seseorang.” Yang membezakannya adalah dengan fitnah biasa ialah cara bagaimana ia dilakukan, iaitu melalui penyebaran melalui laman sosial dan tidak lebih daripada itu, sedangkan tujuan dan motif penjenayah adalah sama iaitu merosakkan nama baik seseorang. Justeru, seksyen 499 boleh digunakan kepada fitnah yang dilakukan di alam siber ataupun media sosial jika mematuhi syarat dan kecualian yang termaktub  dalam kanun keseksaan tersebut.
Selain daripada itu, peruntukan dalam seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga mungkin terpakai memandangkan subseksyen (1) seksyen berkenaan juga memasukkan perkataan-perkataan seperti “apa-apa komen,komunikasi lain yang palsu, atau  sifatnya, dengan niat untuk menyakiti hati, menganiyai…orang lain”. Frasa yang dimaksudkan ke dalam seksyen berkenaan juga boleh diterima pakai dalam kes-kes yang melibatkan fitnah yang dilakukan di komputer dan ini juga termasuklah di media- media sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya. Walaubagaimanapun, hukuman dibawah akta ini mungkin lebih ringan berbanding dengan hukuman yang diperuntukan di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan.


 1.5 UNDANG-UNDANG ISLAM



jangan sekali-kali membiarkan hawa nafsu ikut campur dan berperan dalam tersebarnya kabar bohong. Karena memperturutkan hawa nafsu, sama saja kita menjerumuskan diri kita ke dalam lembah kesesatan. Seperti perkataan Zainab, istri Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al Muqrizi tentang dialog yang dilakukannya dengan Rasulullah SAW, di mana istri yang baik budi itu mengatakan kepada suaminya, “Terpeliharalah kiranya pendengaranku dan penglihatanku. Aku tidak melihat pada Aisyah kecuali yang baik-baik saja. Demi Allah, aku tak pernah mengajaknya bicara dan aku memang benar-benar mendiamkannya, tetapi aku hanya mengatakan yang benar.” (Al Muqrizi, Imta’ul Asma’ 1/208). Padahal pada saat itu antara Zainab dan Aisyah sering terjadi perlombaan untuk menarik hati Rasulullah. Namun hal itu tak lantas membuat Zainab iri hati dan memperturutkan hawa nafsunya dengan menjelek-jelekkan Aisyah.
Seterusnya,  jangan menerima isu begitu saja. Berita apa pun yang tidak diperkuat dengan bukti, harus ditolak oleh setiap Muslim. Sebagaimana difirmankan Allah Ta’ala dalam al Qur’anul Karim, “Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah di sisi Allah adalah pendusta.” (QS. An Nur, 24:13)
Selain itu, menghindari tuduhan yang bersifat prasangka adalah kewajiban pokok yang wajib ditunaikan kaum muslimin. Mereka -terutama para pemimpin- juga harus menyadari bahwa prasangka seperti itu menjadi pusat perhatian lawan maupun kawan. Karena itu, sedapat mungkin agar dapat menghindari tempat-tempat dan hal apa pun yang bisa menimbulkan prasangka buruk.
Justeru itu, janganlah membalas berita bohong dengan berita bohong yang lain dan janganlah membalas isu yang dusta dengan isu lain yang serupa. Hendaklah pula orang yang diisukan itu mampu menahan diri. Maksudnya, jangan membiarkan lidahnya berbicara yang melanggar kehormatan orang lain, sekalipun orang lain itu telah menganiaya dirinya, sampai terbukti dirinya benar dan tidak bersalah. Inilah sikap yang sangat penting, yang kita serukan kepada siapa pun yang sedang terkena isu.

SALAH SATU CONTOH FITNAH YANG BERLAKU DI MALAYSIA









1.6 KESAN-KESAN FITNAH
  • *      Menimbulkan keburukan dan mengaibkan seseorang.
  • *      Wujud rasa kebencian dan pemusuhan terhadap mangsa fitnah.
  • *      Cercaan dan pandang serong terhadap mangsa.
  • *      Mengakibatkan penceraian atau pemusnahan rumah tangga.
  • *      Kredibiliti dan reputasi mangsa akan dipertikaian.

1.7 SEBAB-SEBAB FITNAH
  • *      Bahasa yang memiliki sifat ‘menunjuk’(showing) lebih daripada ‘memberitahu’(telling).
  • *      Perbuatan dan cerminan perasaan seseorang.
  • *      Keperibadian sesseorang yang mengangkut hal-hal seperti emosi,  luahan perasaan dan pendapat.
  • *      Struktur bahasa yang mempunyai nilai sosiolinguistik yang dipengaruhi oleh unsur budaya, gender dan lain-lain.



1.8 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI FITNAH
  •   Mewujudkan sebuah badan khas yang menyelenggara atau menapis segala paparan di laman sesawang.
  •   Mewujudkan konsep kebebasan bersuara dan hak asasi manusia yang diamalkan tanpa sekatan dalam internet.
  •   Menguatkuasakan undang-undang yang lebih berkesan.
  •   Memberi pendedahan yang meluas kepada masyarakat.


1.9 KESIMPULAN
Malaysia adalah sebuah negara yang aman, damai dan makmur mestilah saling melengkapi sesama sendiri dengan mengikut etika yang cemerlang bagi melayari alam siber yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Islam di Malaysia adalah agama rasmi yang membawa rahmat hendaklah dijadikan rujukan atau contoh utama di dalam penggubalan mengikut etika kepenggunaan Internet, sesuai dengan ciri Islam itu sendiri yang membawa perubahan menyeluruh samada dari sudut sosial, ekonomi dan sebagainya. Islam mewajibkan kepada seluruh kaum muslimin agar saling menghormati yang lain, menjaga kemuliaan diri dan kawannya, keharuman namanya, kebagusannya dengan hati yang seikhlas-ikhlasnya.
Namun begitu, fitnah juga dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran dan juga sabda-sabda Nabi Muhammad S.A.W. sebagai satu perkara yang amat berbahaya kepada umat Islam khususnya. Siksaan yang dijanjikan Allah terhadap golongan yang memfitnah adalah sangat berat dan mereka tidak akan terlepas dengan mudah lebih-lebih lagi di akhirat. Islam juga telah menggariskan beberapa panduan yang khusus bagi memastikan umatnya tidak keliru dengan kebebasan bersuara yang dianjurkan sehingga boleh mengakibatkan fitnah. Seperti yang dijelaskan pada awal perbincangan, fitnah itu merupakan satu tindakan yang boleh mendatangkan siksa dan bencana kepada golongan yang difitnah itu sendiri. Islam juga tidak menghadkan fitnah itu hanya sekadar perkataan yang keluar dari mulut sahaja tetapi tafsirannya sangat luas dan penekanan diberikan kepada ‘perkataan’, tidak kira medium apa yang digunakan untuk mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah itu. Lalu, hukuman yang sama terhadap pemfitnah boleh dikenakan kepada pemfitnah siber juga.
Antara punca-punca yang telah dikenalpasti adalah internet sememangnya tidak mempunyai sebarang pemilik atau agensi yang bersifat mutlak keatas perkhidmatannya dan tidak mempunyai sebarang garis panduan yang jelas mengenai undang-undang penulisan siber. Seterusnya, antara kesan-kesan yang dadapati adalah seperti menimbulkan keburukan dan mengaibkan seseorang, merosakkan persaudaraan dan perpaduan, mampu menngancam keselamatan negara, kesan buruk fitnah terhadap institusi sosial, fitnah juga boleh menjatuhkan ekonomi negara dan menakutkan pelabur dan peniaga asing untuk melabur di sesebuah negara itu.
      Di samping itu, langkah-langkah untuk membendung gejala ini juga turut diketengahan. Antaranya adalah seperti mewujudkan sebuah badan khas yang menyelenggara atau menapis segala paparan di laman sesawang, menguatkuasakan undang-undang yang lebih berkesan, Memberi pendedahan yang meluas kepada masyarakat akan etika penulisan yang sebenar dan mewajibkan atau melakukan penegasan agar semua data-data, fail atau laman-laman sesawang didaftarkan sebelum boleh dilayari.

10.0 RUJUKAN










No comments:

Post a Comment